SINOPSIS
Pada permulaan cerita dalam teks ini
mengisahkan tentang jurai keturunan raja-raja Melayu. Cerita dimulakan dengan
bacaan ayat suci. Pengarang kemudiannya menceritakan pada bab pertama dan
beberapa pasal lagi tentang salasilah keturunan raja-raja Melayu yang dimulai
dengan seorang raja Melayu yang bernama Seri Teri Buana berasal dari Bukit
Siguntang yang turun ke Palembang, lalu ke Bentan, dan akhirnya membuka negeri
di Singapura. Kemudian, diceritakan dalam teks ini tentang asal usul orang
Bugis yang dikatakan berasal daripada seorang perempuan yang bernama
SittiMalangkik dari negeri Luwuk. Keturunan Bugis lima bersaudara iaitu Opu
DahengPirani, Opu Daheng Menambun, Opu Daheng Marewah, Opu Daheng Cellak dan
Opu Daheng Kemasi memainkan peranan penting dalam sejarah Riau-Lingga dan Tanah
Melayu. Seterusnya, diceritakan pula pemindahan kuasa dari raja kepada
bendahara. Dikisahkan juga mengenai perampasan kuasa pemerintahan Sultan
Muhammad Zainul Din oleh Pangeran Agung di Matan. Sementara itu, di Johor
berlaku pula perbalahan antara Raja Kecik dengan Sultan Abdul Jalil akibat
fitnah yang mengatakan Raja Kecik bukan anak Marhum Mangkat Dijulang. Maka
berlakulah peperangan semula antara Minangkabau dengan Johor. Selepas itu,
diceritakan tentang Raja Sulaiman bermesyuarat dengan Datuk Bendahara untuk
meminta pertolongan dari opu-opu lima bersaudara menyerang Riau. Akhirnya Raja Kecik
melarikan diri ke Lingga. Diceritakan juga tentang tiga daripada lima opu
bersaudara yang belayar ke Selangor dan membantu Sultan Kedah merampas semula
Kedah daripada adik baginda. Mereka kemudiannya melantik raja Kedah yang tua
sebagai Yang Dipertuan Kedah dan telah menimbulkan kemarahan raja Kedah muda. Kemudian,
telah berlaku satu sumpah setia di antara Yang Dipertuan Muda dengan Raja Kecik
tetapi dimungkiri oleh Raja Kecik. Seterusnya diceritakan pemergian Yang
Dipertuan Muda ke Tapukan di mana banginda jatuh sakit dan mangkat. Berlaku
pula pertukaran pemerintahan di Siak antara Sultan Mahmud dengan Raja Alam.
Pada zaman Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja
memerintah Riau, terjadi perselisihan faham antara raja-raja Melayu dengan raja
peranakan Bugis. Kemudian berlaku peperangan di antara angkatan Holanda dari
Melaka dengan orang Bugis di Linggi. Terjadi pula fitnah antara Yang Dipertuan
Muda Terengganu dengan Raja Indera Bongsu dan bendahara Pahang. Sementara itu,
Raja Haji telah membuat perjanjian dengan kompeni Holanda bahawa musuh Holanda
adalah musuhnya. Kemudian timbul fitnah Raja Haji hendak menyerang Melaka dan
telah menyebabkan peperangan di antara Melaka dengan Raja Haji. Kemangkatan
Sultan Mahmud di Pahang adalah pengakhiran kisah yang diriwayatkan dalam Tuhfat
Al-Nafis ini.
Isi dan mesej
1. Kerajaan besar di Sumatera
Tuhfat al-Nafis banyak menceritakan tentang
sebuah kerajaan besar di Sumatera. Mohd. Rashidet. al (2014) menyatakan
bahawa teks merupakan teks yang terdiri daripada pengalaman-pengalaman dari
negara lain. Selain itu, teks ini turut mencatatkan tentang peristiwa
perkhawinan golongan bangsawan Riau dengan kerajaan Siak, Terengganu, Perak,
Kedah, Brunei, Kalimantan Barat dan Selangor. Golongan bangsawan Melayu Riauberhubungan
dengan Pahang dan Terengganu manakala orang Bugis Riau pula berhubungan dengan
Kalimantan, Perak, Kedah dan Selangor.
“Adapun yang perempuan iaitu pertama Tengku Tengah namanya, jadi isteri
Raja Abdullah putera Marhum Muda Raja Jaafar bangsa Bugis, kedua Tengku Kecik
namanya, jadi isteri bendahara Pahang yang bernama Tun Mutahir, ketiga Tengku
Andak namanya, jadi isteri Temenggung Ibrahim yang diam di Singapura Teluk
Belanga, keempat Tengku Hitam, tiada bersuami mati di dalam daranya.”
(
Tuhfat al-Nafis : halaman 15 )
Petikan
teks ini menunjukkan salah satu peristiwa perkhawinan antara negeri dalam
kerajaan besar di Sumatera.
2. Kebesaran keturunan Bugis
Pada awalnya, Raja Ali Haji telah
mengetengahkan kebesaran keturunan Bugis dengan menyatakan mengenai mimpi yang
menjadi pendorong bagi anak-anak raja Bugis mengembara ke “tanah sebelah barat”.
Mimpi Opu Dahing Menambun yang kononnya menjadi petanda dan ramalan penguasaan
dan kebesaran yang akan dicapai oleh keluarga Bugis lima bersaudara di alam
Melayu.
“ Apabila sudah siap maka muafakatlah ia hendak masuk ke negeri Johor
dan Melaka mengembara pada sebelah tanah itu, kerana ia sudah mendapat alamat
tatkala masa hendak keluar daripada tanah Bugis itu; iaitu Opu Dahing Menambun
ada bermimpi akan zakar saudaranya Opu Daeng Celak itu menjulur ke laut menjadi
naga. Adalah kepalanya mengadap ke sebelah pihak barat Johor, ditakbirkan
orang, anak cucunya akan mendapat kerajaan ( di sebelah Johor ) dan Riau yang
berpanjangan (jua) masanya.”
( Tuhfat al-Nafis : halaman 51 )
Seterusnya,
Raja Ali Haji juga mengetengahkan kebesaran keturunan Bugis dengan memerihalkan
yang baik-baik sahaja tentang latar belakang Opu Bugis Lima Bersaudara. Hal ini
ditunjukkan dalam penceritaannya tentang rupa paras Opu Bugis Lima Bersaudara
seperti dalam petikan tersebut:
“Adalah puteranya (Tendari Burung Daeng Ralaka) yang lima orang itu
baik-baik belaka parasnya, serta dengan sikap pahlawannya. Akan tetapi Opu
Daeng Celak yang tersangat baik parasnya, memberi ghairah hati perempuan-perempuan
memandangnya…”
(Tuhfat
al-Nafis : halaman 47 )
Selain itu,
Raja Ali Haji juga menceritakan bahawa Opu Bugis Lima Bersaudara terlibat dalam
pentadbiran raja Melayu adalah disebabkan permintaan Raja Sulaiman dan bukannya
kehendak mereka. Ini memberikan gambaran baik kepada pembaca tentang keturunan
Bugis.
“Syahadan tersebut di dalam siarah Siak, adalah yang Tengku Tengah
itulah yang sangat-sangat hendak menghapuskan kemaluannya itu. Maka muafakat ia
dengan saudaranya Raja Sulaiman, maka lalu ia memanggil opu-opu itu makan.
Kemudian Tengku Tengah pun berdiri di pintu selasar membuka bidai, melepak
subangnya di telinga sambil ia berkata, “Hai raja Bugis, jikalau sungguh hamba
berani, tutuplah kemaluan hamba ini anak-beranak saudara-bersaudara! Maka
tertutup kemaluan beta semua, maka relalah beta menjadi hamba raja Bugis: jika
hendak disuruh jadi penanak nasi sekalipun relalah beta.”
(Tuhfat
al-Nafis: halaman 57)
Teks ini menunjukkan
Raja Sulaiman dan Tengku Tengah meminta bantuan Bugis untuk mengalahkan Raja
Kecik yang telah menghina baginda.
3. Perpindahan kuasa keturunan pemerintah
Perpindahan kuasa keturunan pemerintah
daripada pemerintah Melayu di Johor-Riau kepada Bugis berlaku secara
berperingkat. Pada awalnya, perpindahan kuasa ini dapat dilihat dalam
perjanjian yang berlaku antara Sultan Sulaiman dengan Opu Bugis Lima
bersaudara. Perjanjian ini berlaku apabila Sultan Sulaiman meminta bantuan
Bugis untuk mengalahkan Raja Kecik di Siak. Sebagai balasan, Sultan Sulaiman
telah melantik salah seorang dari Opu Bugis Lima Bersaudara.
“Maka apabila selesai opu-opu itu daripada melantik Sultan Sulaiman Badral-Alam
Syah itu, maka muafakatlah pula Sultan Sulaimandengan Datuk Bendahara itu, akan
membalas jasa opu-opu raja Bugis itu. Maka minta Sultan SulaimanBadral-Alam
Syah akan opu-opu itu, “Janganlah balik ke Bugis dahulu mintanyalah salah
seorang daripada opu-opu yang lima beradik itu menjadi Yang Dipertuan Muda,
memerimtahkan kerajaan Riau dan Johor dan Pahang dengan segala takluk
daerahnya.”
( Tuhfat al-Nafis: halaman 76)
Nilai
Budaya
Budaya adalah
suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok
orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak
unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat,
bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Menurut Hawkins, Best dan
Coney (2001) menyatakan budaya adalah sesuatu kompleks yang meliputi pengetahuan
keyakinan, seni, moral, adat istiadat serta kemampuan dan kebiasaan lain yang
dimiliki manusia sebahagian masyarakat. Nilai budaya mempengaruhi perilaku
masyarakat. Dalan konsep nilai budaya lahirnya pandangan hidup sesebuah
masyarakat itu.
1. Keislaman
Nilai budaya terdapat dalam karya Raja Ali Haji menyentuh mengenai
unsur-unsur keislaman terutamanya dalam golongan pemerintah. Buktinya dapat
kita lihat dalam Tuhfat al-Nafis ini pada halaman tujuh seperti yang berikut:
“Syahadan
apabila mangkatlah Raja Besar Muda itu maka menggantikan puteranya yang bernama
Raja Tengah. Syahadan apabila mangkatlah Raja Tengah itu maka menggantikan
kerajaannya puteranya yang bernama Raja Kecil Besar. Syahadan kata sahibul
hikayat inilah raja yang adil lagi saksama pada zaman itu, dan ialah Raja
Melayu yang mula-mula masuk ugama Islam, yang bermimpikan berjumpa hadrat Nabi
kita Muhammad salla Allahu ‘alaihi wasallam, yang diajar oleh Rasulullah salla
Allahu ‘alaihi wasallam, dengan mengucap dua kalimat syahadat, iaitu: asyhadu
al la ilaha illa’llahu, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulu’llahi: serta terkejut
daripada tidurnya, dilihatnya zakarnya sudah terkhatan.”
2. Adat istiadat Istana
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 8) adat bermaksud
peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun iaitu sejak dahulu kala di dalam
sesuatu masyarakat iaitu sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus
dipatuhi. Manakala istiadat pula ialah bermaksud peraturan atau cara-cara
melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, dan
resam. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa adat istiadat merupakan peraturan
yang harus dilakukan sama ada dalam urusan rasmi atau tidak. Adat istiadat ini
sering kali dikaitkan dengan istana. Dalam tuhfat al- nafis sultan Muhammad
Syah yang memperkenalkan adat-adat istana seperti pengunaan
warna kuning, larangan bergelang kaki hanya boleh memakai apabila pemberiaan
raja dan adat ketika di balairung.
“Syahadan baginda Sultan Muhammad Syah inilah
Raja Melayu mula-mula meletakkan adat-adat Melayu seperti kekuningan yang
tertentu kepada raja jua, melainkan kekuningan itu jika diambilkan baju dan
kain dan destar maka tiga perkara itu boleh. Dan demikian lagi larangan membuat
rumah beperangin dan tiang beralas tidak terletak ke tanah dan rumah
berpebalaian dan berpelantaran.
(Tuhfat al-Nafis, 1982: 5)
3. Adat penyembelih
Dalam tuhfat al
nafis budaya Bugis iaitu menyembelih binatang adalah untuk mengetahui ketajaman senjatanya.
Maka apabila selesai daripada mengaruk-aruk
itu, maka menyembelihlah ia kerbau
mercerak senjatanya yakni menyambah senjata kerana adat bugis, demikian
halnya konon. (Tuhfat al –nafis 1982:70)
4. Penggunaan tarikh
Keturunan Bugis
terkenal dengan amalan menyimpan buku harian sebagai budaya masyarakatnya untuk
merekodkan segala perkara penting yang berhubung dengan aktiviti pemerintahan.
Raja Ali Haji prihatin tentang kepentingan tarikh dalam menceritakan
peristiwa-peristiwa yang berlaku. Dalam
Tuhafat al nafis penggunaan tarikh mengunakan
‘tiada berapa lamanya’ atau ‘tiada berapa lama antaranya’
Syahadan adalah perangnya itu dua hari, iaitu
pada Hijrat seribu
seratus tiga puluh empat tahun sanat (1134).
(Tuhfat al-Nafis, 1982: 5)
…adalah kira-kira tiga puluh buah gurab yang tahan
menanggung meriam serta dicukupkannya dengan
ubat
pelurunya, (Tuhfat al-Nafis,
1982: 76)
Pandangan hidup
1. Nilai budaya
keislaman menjadi pandangan hidup Masyarakat
Riu lingga yang taat kepada agama begitu
juga dengan sultannya.
“Maka Yang Dipertuan Muda pun
menitahkan
tuan -tuan sayyid dan haji-haji dan lebai-
lebai tahlil tiap-tiap malam....
Raja Ahmad pun hajilah dan umrahlah dan wukuflah
di Arafah bersama-sama segala haji yang datang
daripada sekelilingi dunia… (Tuhfat al-Nafis,
1982: 303)
Ini dapat dilihat
melalui paparan beliau mengenai nilai-nilai agama yang telah dipertekankan oleh
Yang Dipertuan Muda Raja Ali
bin Raja Jaafar dalam pemerintahannya seperti berikut:
…mendatangkan
nama kerajaan yang elok dan agama yang teguh…ia sangat suka bermusyawarah
beramai-ramai …ia suka mengasihi orang yang alim-alim, serta malu dan hormat
kepada mereka itu,…pada masa kerajaannya berdirilah agama Islam (mendirikan
Jumaat dan memerintahkan orang perempuan bertudung kepala dan menyempurnakan
berbuat masjid…membuatlah pula jambatan…disuruhnya segala pegawai negeri
menuntut ilmu perkara ugama dan mengaji kitab-kitab dan belajar membaiki bacaan
Quran al-azim. Dan ia sendiri pun suka jua talaba.
Pada
petikan di atas menunjukkan bahawa YDM Raja Ali bukan sahaja cuba menerapkan
nilai-nilai Islam dalam pentadbirannya tetapi turut menggalakkan masyarakat
termasuk golongan pembesar dan diraja mendalami ilmu agama daripada para ulama.
Sebagai seorang pemerintah yang kuat berpegang kepada ajaran Islam, baginda
juga turut menegah dan melarang rakyatnya daripada melakukan perkara-perkara
yang dilarang oleh agama:
…Yang
Dipertuan Muda Raja Ali inilah membuang dan melarang(kan)…berjudi dan menyabung
(tiadalah boleh lagi, dan segala orang-orang Islam berjudi dan menyabung jika
diketahuinya dihukumkannya...puteranya nikah kahwin pun tiada diberinya
orang-orang berjudi dan menyabung). Dan jika ada orang jahat-jahat
perompak-perompal dihukumnya…terkadang dibunuhnya…supaya yang lain mengambil
insaf dan gerun)…bencikan orang bermain-main yang membawa kepada cabul
laki-laki dengan perempuan…pada pekerjaan zinah…dan (supaya) jangan jadi cabul
negeri
2. Nilai budaya adat
istiadat istana seperti adat perkahwinan istana menjadi pegangan hidup golongan
istana dalam buku tuhfat al nafis.
Kemudian
baharulah menikahkan Opu Dahing Cellak itu dengan saudara Sultan Sulaiman yang
bernama Tengku Mandak bertapa adat istiadat raja besar-besar bernikah kahwin,
daripada pekerjaan berletak hinainya dan beraraknya dan berasanding-sandingnya
dan mandi-mandinya. Kemudian baharulah berdamai ia laki isteri berkasih-kasihan
adanya. (Tuhfat Al-nafis 1982: 85)
Syahadan apabila sampai ke kampong baru itu,
maka di sambut oranglah pengantin itu dibawa naik dipersanding-sandingkan
bertapa adat anak raja besar-besar. Kemudian baharulah dibawa ke pelamin.
(Tuhfat al-nafis 1982:98)
Nilai Ilmu
Nilai adalah sesuatu yang berharga, bermutu, menunjukkan kualitas, dan berguna
bagi manusia. Sesuatu itu bernilai bererti sesuatu itu berharga atau berguna
bagi kehidupan manusia.Pengertian nilai, menurut Djahiri (1999), adalah harga, makna, isi dan pesan, semangat, atau jiwa yang tersurat dan tersirat dalam fakta, konsep, dan teori, sehingga bermakna secara fungsional. Di sini, nilai difungsikan untuk mengarahkan, mengendalikan, dan menentukan kelakuan seseorang, kerana nilai dijadikan standard perilaku. Nilai ilmu yang terdapat dalam Tuhfat An-Nafis antaranya seperti berikut:
1) Ilmu
Persilatan
Dapat
dilihat ilmu persilatan yang terdapat dalam halaman 6 yang menceritakan pada
akhirnya Raja Kasim yang menjadi raja dan Raja Rekam terbunuh bersama Sultan
Abu Syahid yang ingin mempertahankan Raja Rekam daripada dibunuh. Tetapi,
akhirnya Raja Rekam sendiri yang telah membunuh Sultan Abu Syahid.
Akhir-akhir
pekerjaannya itu Raja Kasim menjadi raja dan Raja Rekan itu terbunuh bersama
Sultan Abu Syahid itu, sebab menyabur orang-orang hendak menikam Raja Rekan
itu. Maka Raja Rekan menikam pula Sultan Abu Syahid itu. Maka matilah keduanya
sebab kerana pekerjaan kebesaran dan pekerjaan dunia ini adanya.
Pada
halaman 45, terdapat juga ilmu persilatan yang menceritakan akan hulubalang
yang dibunuh oleh Datuk Bendahara untuk memudahkan semua keinginannya tercapai.
Penyataan ini adalah seperti berikut:
Maka hulubalang
itu ditipu oleh Datuk Bendahara lalu disuruhnya bunuh. Maka matilah ia kerana
jikalau ada hulubalang itu payahlah Megat Seri Rama melakukan kehendaknya.
Syahadan adalah pada ketika baginda itu di atas julang hendak sembahyang
Jumaat, lalu diparangnya hulu baginda itu lalulah mangkat, dan Megat Seri Rama
pun mati juga, kerana dilontar oleh baginda itu dengan kerisnya.
2) Ilmu
Undang-Undang
Dapat
dikenal pasti, ilmu undang-undang terdapat pada halaman 6 yang menceritakan bahawa setelah Raja Kasim
atau nama yang ditukar iaitu Sultan Muzaffar Syah menjadi raja selepas Sultan
Abu Syahid memerintah, beliau telah membuat undang-undang Melayu untuk
pemerintahan yang lebih adil.
Adalah lamanya
Sultan Abu Syahid menjadi raja itu setahun lima bulan maka berpindahlah
kerajaannya kepada saudaranya Raja Kasim, maka bergelar Sultan Muzaffar Syah.
Syahadan Sultan Muzaffar Syah inilah yang memulai memperbuat undang-undang
Melayu memerintahkan kerajaan dengan adil.
3) Ilmu
Persuratan
Dapat
dikenal pasti, terdapatnya ilmu persuratan seperti yang terkandung pada halaman
6 seperti berikut yang menyatakan Sultan Mansur Syah telah membawa bingkisan
dan hadiah perkiriman kepada Raja Goa.
Syahadan pada masa
kerajaan Sultan Mansur Syah itulah mengutus ke Bugis kepada Raja Goa dengan
membawa beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman.
Halaman
63 turut menceritakan akan ilmu persuratan seperti yang berikut:
Syahadan kata
sahibul hikayat maka apabila suruhan itu sampai ke Siantan maka naiklah
mengadap opu yang lima beradik itu mempersembahkan surat itu kepada Opu Dahing
Parani, kerana ia terlebih tua daripada opu-opu yang lain itu. Maka apabila
dibaca oleh Opu Dahing Parani akan surat Sultan Muhammad Zainul Din, maka ia
pun musyawarahlah adik beradik serta punggawanya dan indera gurunya pada
pekerjaan membantu Sultan Muhammad Zainul Din itu.
4) Ilmu
Pemerintahan
Dapat
dilihat, ilmu pemerintahan berada pada halaman 7 yang menceritakan sultan yang
pandai memerintah sehingga dapat membunuh penyamun dan pencuri menggunakan
tangannya sendiri dan menetapkan hukum dengan adil bagi memelihara harta benda
orang.
Adalah baginda itu
sangat suka mengawali negeri pergi sambaing malam dengan dirinya sendiri, dan
beberapa kali ia membunuh penyamun dan pencuri dengan tangannya sendiri dan
menghukumkan dengan adil dan bencikan orang yang jahat-jahat serta memeliharakan
harta benda orang.
Dalam
halaman 20, memperlihatkan nilai ilmu pemerintahan seperti yang berikut:
Maka tiada berapa
antaranya maka mangkatlah pula Yamtuan Raja Ismail itu. Maka menggantikan
kerajaannya puteranya yang bernama Raja Yahya, timang-timangannya Tengku
Sulung, dan Yamtuan Muda Muhammad Ali tiada dipecatnya sekadar menjadi raja
tua-tua sahajalah pada masanya.
Pada
halaman 25, dapat dilihat akan nilai ilmu pemerintahan seperti yang berikut:
Adapun Opu Dahing
Marewah ialah yang menjadi Yang Dipertuan Muda di dalam negeri Riau dengan
segala takluk daerahnya, dan ialah yang bergelar Kelana Jaya Putera, dan ialah
yang mengalahkan Raja Kecik Yamtuan Siak diambilnya Riau daripada tangan Raja
Kecik diserahkannya Riau dengan segala takluk daerahnya kepada Raja Sulaiman
serta dilantiknya Raja Sulaiman itu menjadi Raja Johor dengan segala takluk
daerahnya.
.
5) Ilmu
Peperangan
Ilmu
peperangan diterangkan pada halaman 8 seperti yang berikut yang mengisahkan
akan peperangan antara negara Feringgi dengan Sultan Mahmud Syah.
Maka pada ketika
Feringgi melanggar itu, maka Sultan Mahmud Syah pun melawan bersungguh.
Kemudian Feringgi pun menaikkan barisnya ke darat maka berperanglah. Tiada
berapa lama berperang itu maka Sultan Mahmud Syah pun alahlah, lalu membawa dirinya
ke Batu Hampar.
Pada
halaman 11 memperlihatkan juga ilmu peperangan seperti yang berikut:
Adapun mangkatnya
Sultan Abdul Jalil itu, iaitu pada Hijrat seribu delapan puluh delapan tahun
pada tahun dal akhir sanat 1088. Bermula Sultan Ibrahim Syah pun pindahlah ke
Riau lalu mengalahkan Jambi dan mengalahkan Siak.
6) Ilmu
Membuat Perahu
Ilmu
membuat perahu terdapat pada halaman 9 yang menceritakan Hang Nadim sebagai
Raja Laut. Perahu yang dibuat mempunyai ukuran yang tertentu dan mempunyai
kelengkapan peperangan seperti meriam.
Adalah ia keluar
itu beberapa ratus kelengkapan. Adalah laksamana bernama Hang Nadim ialah raja
menjadi Raja Laut. Adalah perahunya bernama dendang, panjangnya tiga belas
depa, bermeriam dua sehaluan, sunting rentakanya sepuluh sebelah dan tahan
turutnya dua. Dan pengapit Laksamana itu Seri Bija Raja. Adalah perahunya
bernama jurung, panjangnya sebelas depa, dua juga meriamnya sehaluan dan
suntingnya delapan sebelah, tahan turutnya dua.
7) Ilmu
Berdagang
Ilmu
berdagang ditunjukkan seperti yang terdapat dalam halaman 19 iaitu Sultan
Mahmud yang keluar merompak menghalang laluan kapal-kapal untuk pergi berdagang
di Sanglar. Hal ini menunjukkan terdapatnya urusan perdagangan yang dijalankan.
Apabila mangkat
Raja Kecik menggantikan kerajaannya anaknya yang bernama Sultan Mahmud Raja
Buang. Maka pada masa kerajaan dialah negeri Siak diduduki oleh Holanda di
Pulau Gontong. Kemudian Sultan Mahmud keluar pula pergi merompak mengadang
kapal-kapal pergi berdagang di Sanglar.
8) Ilmu
Pengembaraan
Ilmu
pengembaraan dinyatakan pada halaman 20-21 seperti berikut yang menceritakan
Yamtuan Raja Yahya sehingga sampai ke Terengganu dengan melalui Kemaman
terlebih dahulu.
Maka tiada berapa lamanya
maka keluar pula ia mengembara segenap negeri orang. Adapun segala sanak
saudaranya yang bersama-sama keluar dengan dia, bertaburanlah. Ada yang
bersama-sama dengan dia, ada yang ditinggalkannya di dalam Lingga, ada yang di
Belitung, ada yang ke Mempawah, dan ke Pontianak. Adapun Yamtuan Raja Yahya
pergi ke Trengganu, lalu ke Kemaman.
Pada
halaman 23, juga terdapat ilmu pengembaraan seperti berikut:
Syahadan adalah
Paduka Sawerigading berdua putera dengan La Galigo ini kisah yang masyhur di
dalam beberapa hikayat Bugis dan Melayu, kerana Paduka Sawerigading itu mengembara
bermain-main hingga sampai ke sebelah barat Melaka dan lain-lainnya. Pada masa
itu ialah anak raja yang tiada bandingnya pada kebesarannya dan gagah
beraninya.
9) Ilmu
Membina Istana
Dalam
halaman 46, terdapat nilai ilmu membina istana seperti yang berikut yang boleh
dilihat bahawa istana yang dibina sangat
indah dengan panjangnya 30 depa yang
turut diukir dengan emas.
Syahadan tetaplah
Sultan Abdul Jalil itu kerajaan di negeri Johor, dengan segala takluk
daerahnya. Lalulah baginda itu berpindah ke Pancor pula berbuat negeri di situ,
serta berbuat istana yang indah-indah, panjangnya tiga puluh depa, serta
berukir berair emas bertulis, atapnya papan, dinding bercat dan bertulis.
Halaman
67 turut menceritakan akan ilmu membina istana seperti berikut:
Syahadan adapun
Raja Kecik apabila sudah Sultan Abdul Jalil itu keluar dari Johor, maka ia pun
bertitah kepada segala menterinya seraya katanya, ‘Ini negeri celaka, baik kita
pindah ke Riau’. Maka lalu ia pindah ke Riau.apabila sampai ia ke Riau membuatlah
istana berbunga lawangkan emas.
10) Ilmu
Membuat Senjata
Dalam
halaman 50, menceritakan akan nilai ilmu
membuat senjata seperti yang berikut yang menyatakan besi yang diambil oleh Opu
Tendriburang Dahing Rilaga dan beliau menyuruh tukang besi menempa besi tersebut.
Dapat dilihat, ilmu membuat senjata diceritakan dalam karya Tuhfat An-Nafis
ini.
Syahadan kata
sahibul hikayat tatkala Opu Tendriburang Dahing Rilaga itu duduk di To Pammana
itulah mendapat satu besi yang tercacak pada pokok simpur. Lalu diambil oleh
gembala kerbau, sebab kerbaunya mati terkena besi itu, tanggal segala bulunya
daripada bisa besi itu. Maka besi itupun lalu diambil oleh Opu Tendriburang
Dahing Rilaga disuruhnya tempa kepada tukang besi diperbuat badik, diberinya
hulu tanduk kucing. Adalah lebih sedikit, diperbuatnya taji, diberinya nama
Taji Kerami, terlalu pula bisanya hingga tiada berani orang-orang di dalam
negeri To Pammana itu melawan hayam sabungan itu, jika ada Taji Kerami itu pada
kaki hayam sabungan itu.
11) Ilmu
Pelayaran
Halaman
63, terdapat nilai ilmu pelayaran seperti berikut yang menyatakan ada yang
belayar ke Matan bersama dengan enam buah perahu. Turut menceritakan opu-opu
yang telah berjumpa Sultan Banjar telah belayar dengan turut membawa Sultan
Muhammad Zainul Din dan anak isterinya balik ke Matan.
Maka sudah
sama-sama satu muafakatnya akan pergi maka pada ketika saat yang baik
berlangkahlah ia, lalu berlayar ke Matan dengan enam buah perahunya.
Syahadan opu-opu
itu apabila telah ia berjumpa Sultan Banjar lalulah ia berlayar membawa Sultan
Muhammad Zainul Din itu balik ke Matan serta dengan anak isterinya itu. Maka
apabila sampai ia ke Matan lalu ia berhenti di Kuala Kandang Kerbau, membuat ia
rumah kecil di situ serta orang-orang Matan yang hampir-hampir di situ semuanya
dikumpulkannya jadi bersama-sama dengan dia.
Teknik
kepengarangan
1. Teknik
pembuka kalam
Pengarang
telah menggunakan pembuka kalam yang menarik dalam karya Tuhfat al-Nafis iaitu
menggunakan pembuka awal kata dengan kalam “Bismillahirahmanirahim” bagi
memulakan sesuatu karya. Sebagai contohnya di dalam petikan teks Tuhfat
al-Nafis pada halaman 1.
“Bismillahirahmanirahim. Maka
pada ketika di dalam Hijrat al-Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam seribu dua
ratus delapan puluh dua tahun dan pada tiga haribulan Syaaban yang maha besar
dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini yang simpan, dan di
dalamnya menyatakan silsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala
khabar-khabar daripada kisah Raja-raja Melayu serta Bugis dan kepada segala
anak-anak mereka itu.
(Tuhfat al-Nafis: hal.1 1982)
2. Teknik
Dialog
Pengarang
juga telah menggunakan teknik dialog bagi memantapkan tahap penulisannya dalam
sesebuah karya bagi menarik minat pembaca untuk membaca. Dialog membawa maksud
kepada perbualan atau percakapan seseorang dengan seseorang yang lain dalam
sesuatu situasi. Dalam karya Tuhfat al-Nafis, pengarang telah menggunakan
teknik dialog antara Laksamana Nakhoda Sekam dengan Sultan Abdul Jalil pada
petikan teks halaman 67.
“Ampun tuanku, baiklah
silakan ke Riau. Maka pada kira-kira patik baik juga berangkat
ke Riau kerana antara tuanku dengan paduka anakda itu tiada siapa yang boleh memasuki. Boleh patik kosongkan dua buah gurab akan kenaikan ke bawah duli tuanku putera berputera. ‘Maka jawab Sultan Abdul Jalil, ‘Jika sudah fikiran Laksamana kita ke Riau, maka ke Riaulah kita.’ Maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada gurab yang besarnya itu serta dengan paduka nak-anakda sekalian.”
ke Riau kerana antara tuanku dengan paduka anakda itu tiada siapa yang boleh memasuki. Boleh patik kosongkan dua buah gurab akan kenaikan ke bawah duli tuanku putera berputera. ‘Maka jawab Sultan Abdul Jalil, ‘Jika sudah fikiran Laksamana kita ke Riau, maka ke Riaulah kita.’ Maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada gurab yang besarnya itu serta dengan paduka nak-anakda sekalian.”
(Tuhfat al-Nafis : hal.67-68 1982)
3. Mitos
Dalam
konteks karya Tuhfat al-Nafis, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri
yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur
mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan maasyarakat
Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan
animisme yang kuat.
Antara mitos yang dapat dikenal pasti dalam karya Tuhfat al-Nafis
ialah pengarang menggunakan unsur mitos iaitu dapat dibuktikan melalui
peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah hantu. Badang telah beroleh
kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu.
Kehandalan seorang rakyat yang bernama si Badang yang boleh mencabut kayu-kayu
dua tiga pemeluk disebabkan makan muntah hantu dapat dilihat pada petikan teks
halaman 3.
“Adapun bendaharanya anak Tun
Permatah Muka Berjajar, dan masa kerajaannyalah mendapat seorang daripada
rakyatnya yang gagah perkasa bernama si Badang yang boleh mencabut kayu-kayu
dua tiga pemeluk, sebab ia makan muntah hantu konon.”
(Tuhfat al-Nafis:hal.3 1982)
Selain itu, pengarang juga turut menggunakan unsur mitos-mitos yang
lain bagi tujuan khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan kepercayaan
sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Sebagai
contohnya, unsur mitos ini dapat dilihat melalui peristiwa keluarga Sang Rajuna
bersama anak dan isterinya telah mati di dalam belubur beras lalu menjadi batu
disebabkan terjatuh ke dalam parit pada petikan teks halaman 4.
“Adapun Sang Rajuna Tapa itu
apabila Raja Iskandar Syah itu sudah keluar dari Singapura, maka lalulah ia
masuk ke belubur beras. Maka tumbanglah belubur beras itu ke dalam parit. Maka
terjatuhlah Sang Rajuna Tapa itu bersama-sama rumah belubur beras itu ke dalam
parit. Lalulah ia mati dengan anak bininya menjadilah batu konon.”
(Tuhfat al-Nafis: hal. 4 1982)
4. Pantun
Pengarang
juga telah menggunakan unsur pantun bagi memperindahkan karyanya dalam Tuhfat
al-Nafis. Pantun yang digunakan di dalam karya ini memaparkan sindiran
orang-orang Riau terhadap kekalahan Raja Kechik untuk mendapatkan Linggi yang
akhirnya jatuh kepada pemerintahan Raja Bugis.
Utik-utik ikan bambangan,
Minyak
ketiau di hujung galah,
Raja
Kechik silakan pulang,
Linggi
diserang Riau yang alah.
(Tuhfat
al-Nafis: hal 80 1982)
7.0 Retorik
Dalam
karya Tuhfat al-Nafis, pengarang telah menggunakan beberapa retorik bagi
memberikan keindahan kepada sesuatu teks tersebut menjadi menarik dan
memberikan pendedahan kepada sesuatu karya yang ingin disampaikan. Antaranya
pengarang telah menggunakan retorik pendedahan atau eksposisi, penerangan dan
pemerian.
1.
Retorik
Pendedahan
Retorik
pendedahan ini membawa maksud kepada pendedahan tentang sesuatu, menyingkap,
memapar, menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
Usaha untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak
dengan berkesan. Di samping itu, digunakan untuk memerihalkan sesuatu dengan
lebih jelas dan terperinci untuk member idea atau maklumat kepada pembaca atau
pendengar.
Sebagai contohnya dalam karya Tuhfat al-Nafis, retorik pendedahan
merujuk kepada masalah sosial dan isu politik di negeri Melaka. Kisah Raja
Zainal yang menggunakan ketampanannya untuk berpoya-poya dengan perempuan di
negeri Melaka. Manakala kisah Raja Mahmud yang sanggup membunuh saudaranya Raja
Zainal kerana cemburukan kelebihan yang dimiliki oleh saudaranya itu. Keadaan
ini dapat dilihat dalam petikan teks karya pada halaman 7.
“Syahadan apabila mangkatlah ia menggantikan kerajaannya
puteranya yang bernama Raja Mahmud bergelar Sultan Mahmud Syah. Maka masa
kerajaan baginda inilah, ia membunuh saudaranya itu, iaitu yang bernama Raja
Zainal, kerana Raja Zainal itu baik parasnya cantik manis, memberi ghairat
segala hati perempuan melihatnya. Dan banyaklah anak-anak orang Melaka berahi
akan dia hingga anak isteri orang tiadalah berketentuan mengidah Raja Zainal
itu dengan bunga bergubah dan sirih bersulur. Mana-mana yang perkenan
diambilnya dan mana-mana yang tiada berkenan diberikannya pada segala
juak-juaknya. Maka cabullah negeri Melaka itu dengan hal yang demikian itu.”
(Tuhfat al-Nafis: hal.7 1982)
2.
Retorik Penerangan
Retorik
penerangan bermaksud penerangan sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu
langkah kepada satu langkah yang lain. Berfungsi untuk memberi penjelasan
sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun. Dalam karya Tuhfat al-Nafis,
pengarang telah memberikan penerangan yang terperinci tentang peristiwa Raja
Muda membunuh isterinya disebabkan baginda marah terhadap Minangkabau yang
menjadikan isterinya sebagai gundik. Peristiwa ini berlaku apabila baginda
membunuh isterinya lalu keluar mengamuk lalu pergi menyerahkan dirinya kepada
pihak Raja Kecik. Kemudian berlaku kejar-mengejar antara mereka dan Raja Muda
mangkat disebabkan kejadian mengamuk tersebut dengan pihak Raja Kecik. Hal ini
dapat dibuktikan melalui petikan teks karya pada halaman 57.
“Maka
raja muda pun membunuh isterinya lalulah ia keluar mengamuk pula, kerana
fikirannya daripada isterinya diambil Minangkabau diperbuatnya gundik, terlebih
baik biar hilang sekali. Kemudian Raja Muda pun mengamuklah menyerbukan dirinya
kepada pihak sebelah Raja Kecik itu. Lalu berkeja-kejaran hambat-berhambat
hingga sampai ke Kayu Ana nama tempat itu. Maka Raja Muda pun mangkatlah di
situ, sebab sabur menyabur orang beramuk itu.”
(Tuhfat al-Nafis: hal.57 1982)
Gaya
Bahasa
Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata
sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu
pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana
(1969) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan
bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara
penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang
memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.
1. Gaya Bahasa Perbandingan
Gaya bahasa perbandingan ialah bentuk bahasa
perbandingan yang indah digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu
dengan cara perbandingan sesuatu dengan cara yang lain. Berdasarkan buku Tuhfat
Al- Nafis ini, antara gaya bahasa perbandingan yang digunakan ialah:
i)
Simile
Simile
ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi mempunyai unsur persamaan. Penggunaan bak, umpama,
seperti, bagai dan laksana banyak digunakan
dalam ayat jenis ini. Contoh penggunaan simile yang terdapat dalam Tuhfat Al-Nafis ialah:
seperti menatang minyak yang penuh ( Tuhfat Al-Nafis: )
sepertibergantung di rambut sehelai,mati hidup
kembali, nyawa pergi nyawa datang… ( Tuhfat Al-Nafis: )
berbangkitlah gembira nya seperti api yang bernyala-nyala
(halaman 70)
Gaya
Bahasa Pengulangan
Gaya
bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi,
suku kata, kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap penting unmk
menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Gaya
bahasa pengulangan ialah aliterasi, asonasi, anafora.
i)
Anafora
Anafora ialah pengulangan
kata di awal baris. Contohnya:
Dia ketakutan
melihat orang ramaiberhampiran perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak
besar. Dia hilang dibawa arus ke
laut… (halaman 54 )
Gaya Bahasa Pertautan
1) Disfemisme
Disdemisme
merupakan penggunaan kata kasar yang digunakan oleh pengarang untuk
menyampaikan maksud tertentu. Contoh:
Syahadan, maka
dengan bodoh yang demikianlah
kebanyakan surat-surat
dan hikayat-hikayat dahulu kala yang dalam
kebanyak negeri Melayu
disuruh gurunya
bakarkan… (halaman 45 )
2) Eufimisme
Eufimisme
merupakan bahasa yang menggunakan kata-kata yang manis untuk menggantikan
kata-kata yang agak kasar.
…yang
mangkat di Kuala Pahang itu. (Tuhfat
Al-Nafis: 82)
Raja Abdul Jalil pun terkejutlah daripada beradu maka ia pun pergi ke tempat
gaduh-gaduh…. (Tuhfat Al-Nafis:84)
Pinjaman Bahasa Asing
Pinjaman Bahasa Asing
Pengaruh
bahasa asing sangat meluas dalam penghasilkan karya-karya terdahulu. Beberapa
pinjaman bahasa asing telah digunakan oleh Raja Haji dalam menghasilkan Tuhfat
Al-Nafis.
Bahasa Arab
Pengaruh bahasa Arab sangat tinggi dalam Tufat
Al-Nafis ini. Hal ini
demikian kerana, Raja Ali Haji
merupakan individu berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup dalam lingkungan
istana di Pulau Penyengat, Riau. Oleh
itu, pengetahuan beliau dalam bahasa Arab sangat tinggi. Contoh bahasa Arab
yang terdapat dalam Tuhfat Al-Nafis ialah:
..dengan takdir Allah Subhanahu wataala (Tuhfat Al-Nafis: 3) Fi Sabil Allah
(Tuhfat Al-Nafis:5 )
Wa Allahu’ Alam (Tuhfat Al-Nafis: 5)
Bahasa Inggeris
Wa Allahu’ Alam (Tuhfat Al-Nafis: 5)
Bahasa Inggeris
Jikalau
sudah terbit wang kompeni di
Linggi…(Tuhfat Al-Nafis:156)
Keempat
wakil gebermen membetuli akan
ijtihad… (Tuhfat Al-Nafis: 348)
…serta
memegang di dalam konterak pada
fasal yang ketujuh (Tuhfat
Al-Nafis:348)
Bahasa
Sanskri
Adapun ayahanda suka serta rela kerana dosa ayahanda selama-lama ini. (Tuhfat Al-Nafis: 207)
No comments:
Post a Comment